MPL MY
MALMY S3: CG Esports semakin hampir ke MPLMY S16!
Saingan hari kedua Liga Akademi Mobile Legend Bang-Bang Malaysia (MAL) pusingan playoffs musim ketiga menyaksikan dominasi penuh pasukan CG Esports menewaskan Pixel Esports 2-0 untuk mara ke pusingan Challenger Finals di Kuala Lumpur, esok.
Tuah menyebelahi pasukan CG dalam Perlawanan 1 apabila 'minion' berjaya memusnahkan 'crystal' skuad Pixel tatkala CG sedang mencari masa yang sesuai untuk memulakan 'war' di ruangan musuh dan Pixel terganggu ketika mempertahankan 'tower' terakhir pasukan daripada dimusnahka
Dalam pada itu, 'gold laner' pasukan CG, Dee Yang, pula yang mempertaruhkan hero meta seperti Harith dan Roger diagkat selaku Pemain Paling Bernilai (MVP) untuk aksi itu dengan mengumpuk 14 kills, 15 assists dan hanya 1 kematian menentang Pixel.
Iklan
Menunggu CG Esports di pusingan Challenger Finals pula ialah Gamesmy Kelantan yang juga berjaya meraih kemenangan bersih 2-0 ke atas Vlad Esports!
Begitupun, Gamesmy Kelantan terpaksa bermandi peluh dalam Perlawanan 1 selepas mengharungi aksi 'late game' selama hampir 26 minit.
Dengan hanya dua 'tower' yang masih bernyawa, dan kesemua hero yang sudah lengkap dengan 'item', mereka hanya memerlukan satu 'war' untuk menoktahkan kemenangan, malah Gamesmy tidak mengsia-siakan peluang itu untuk akhirnya memusnahkan menewaskan Vlad Esports
Namun, lain pula skripnya di Perlawanan 2 dimana skuad Gamesmy Kelantan hanya memerlukan lebih kurang 13 minit untuk memusnahkan 'crystal' lawan dengan meraih 14 kills berbanding Vlad hanya mampu meraih dua kills.
Tetapi dengan mempertaruhkan hero Lapu-Lapu dan Cici di Exp Lane, Zhiryy dinobat selaku MVP perlawanan menentang Vlad dengan meraih 7 kills dan 12 assist secara keseluruhan sekali gus membantu pasukan ke peringkat seterusnya menentang CG untuk merebut tiket ke Upper Bracket Final MAL Playoffs musim ketiga.
Must-Watch Video