MPL MY
MALMY Play Off: Waspada dengan pendatang baru
10 pasukan terbaik 'Regular Season' Liga Akademi MLBB Malaysia (MAL MY) akan kembali bersaing dalam play off musim ketiga yang bermula esok hingga hujung minggu ini di Quill City Mall, Kuala Lumpur.
Selain misi merebut hadiah keseluruhan berjumlah RM85,000, tumpuan enam pasukan daripada Divisyen Challenger turut terarah untuk merebut slot ke kancah tertinggi Arena Mobile Legend Bang Bang (MLBB) iaitu MPL My Musim Ke-16.
Lebih menarik, pemain baru yang membarisi beberapa pasukan bertanding mampu menguji kemampuan mereka di tahap tertinggi dengan kehadiran pemain-pemain berpengalaman dalam kancah MPL MY yang turut menyertai pusingan play off.
Iklan
"Ada pemain yang kurang ternama tapi masih memberikan kualiti permainan yang bagus.
"Kreativiti pemain baru akan memberikan kelainan kepada penganjuran kali ini.
"Semangat muda mereka lebih semarak," kata jurulatih Todak Legion, Syed Fitri Abharshah @ Sunfrost.
Dalam pada itu, juara MPL MY Musim Ke-10, Team Haq, bertekad membuktikan mereka masih layak bersaing di peringkat tertinggi MLBB negara meskipun terpaksa mengharungi laluan sukar dalam Regular Season MAL MY musim ini.
"Kami akan cuba sempurnakan permainan pada malam ini untuk menghadapi (cabaran) baru.
"Kami juga semakin serasi dengan tiga pemain pengalaman.
"Walaupun berat tapi akan cuba berikan yang terbaik," kata jungler Team Haq, Muhamad Alif Akmal Kamarulzaman @ Rival.
Must-Watch Video