Kejohanan Malek Noor Enrich Classic menjadi medium himpunan ramai atlet amatur bina badan negara yang mahu mengilap bakat dan menimba pengalaman melangkah masuk ke pentas kompetitif.
Ia mencipta peluang untuk mereka membuktikan kemampuan diri di hadapan pengadil bertauliah serta menjadi titik tolak dalam kariernya sebagai atlet ke peringkat lebih tinggi.
"Sungguh mengagumkan. semua mempunyai saiz, cara posing, saya rasa sambutan sangat menggalakkan. Sukan bina badan ada potensi untuk berkembang." kata Malek Noor.
Sambutan menggalakkan dengan penyertaan 330 peserta dalam pelbagai kategori yang dipertandingkan merupakan indikasi masa depan cerah sukan bina badan negara.
"Semua peserta berbakat, ada potensi sama ada daripada segi fizikal tubuh badan semuanya ada potensi yang bagus.
"Mungkin diorang akan melayakkan diri nanti ke mana-mana peringkat akan datang lagi." tambah Sazali Samad.