SUKAN LAIN
Malek nasihatkan Sazali beralih ke arena profesional
Legenda bina badan negara, Datuk Malek Noor, mencadangkan agar Sazali Samad beralih ke arena profesional andai Persekutuan Bina Badan Malaysia (MBBF) menambah hukuman penggantungannya selepas Mr. Universe 10 kali itu menyertai kejohanan ketika masih digantung.
Jawatankuasa Disiplin MBBF akan membincangkan kes Sazali, esok.
Ia susulan tindakan atlet berusia 51 tahun itu menyertai satu kejohanan di Shanghai, China ketika masih menjalani penggantungan empat tahun ekoran positif bahan jenis steroid pada 2015.
Iklan
Penggantungan itu sepatutnya tamat pada September tahun depan.
"Kegigihan dan semangatnya untuk bertanding memang saya puji tetapi kesilapannya adalah tidak memberitahu.
"Saya rasa kalau dia digantung semula, dia boleh buat pilihan. Ia kerana dia sudah memenangi Mr. Universe sebanyak 10 kali. Saya nasihatkan dia beralih kepada profesional.
"Ia terpulang kepada MBBF tetapi kasihan juga melihatnya," kata Malek.
Must-Watch Video



