Skuad hoki negara sekali lagi terpaksa akur dengan kekalahan kepada pasukan ketiga dunia, Belanda, dalam aksi ujian keempat Siri Jelajah Eropah malam tadi.
Anak didik ketua jurulatih negara, Roelant Oltmans, itu tewas 2-6 kepada Belanda, yang juga merupakan kekalahan kedua selepas aksi pertama Selasa lalu menyaksikan skuad negara tewas 4-6.
Dalam aksi di Breda itu, Malaysia terlebih dahulu membuka tirai jaringan seawal minit kelima menerusi gol padang penyerang muda negara, Mohamad Akhimullah Anuar Esook, sebelum Bjorn Kellerman meletakkan Belanda di hadapan dengan dua jaringan pada minit kelapan dan 19.
Belanda seterusnya menambah gol ketiga beberapa saat sebelum tamat aksi separuh masa pertama melalui gol padang Jeroen Hertzberger.
Belanda menjaringkan gol padang keempat melalui Billy Bakker pada minit ke-33 dan berselang empat minit, giliran Jelle Galema pula melebarkan jurang jaringan.
Malaysia cuba bangkit untuk merapatkan kedudukan pada minit ke-52 apabila Mohamad Akhimullah sekali lagi mencatat nama selaku penjaring, namun Bjorn Kellerman menidakkan usaha skuad negara untuk cuba merapatkan kedudukan dengan meledak jaringan hatrik, dua minit sebelum perlawanan berakhir untuk keputusan 6-2 berpihak kepada tuan rumah.
Oltmans dalam satu kenyataan media oleh Konfederasi Hoki Malaysia (KHM) menyifatkan kebuntuan untuk menterjemahkan 15 percubaan dalam separuh masa sebagai punca mereka dihukum pihak lawan.
“Kami beraksi dengan baik dalam separuh masa pertama tetapi kami tidak menggunakan 15 percubaan yang dimiliki dengan sebaiknya, sementara lawan menggunakan peluang mereka untuk menjaringkan gol. Belanda adalah pasukan yang pastinya akan menghukum lawan menerusi setiap kesilapan yang dilakukan.
“Tetapi apa yang penting, kami belajar daripada kesilapan serta kelemahan dalam perlawanan ini sebelum tunjukkan satu peningkatan dalam dua perlawanan terakhir Siri Jelajah Eropah ini, iaitu ketika bertemu Belgium,” katanya.
Malaysia masih mempunyai baki dua lagi aksi ujian bertemu pasukan di ranking kedua dunia, Belgium (pukul 12 tengah malam ini) dan pada Isnin, menentang pasukan yang sama.
-- BERNAMA