Skip to main content

Sukan Lain

Malaysian British Society terus salur bantuan kebajikan

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

mbs.jpg
Tahniah diucapkan buat Malaysian British Society (MBS) kerana terus memperkasakan kerja-kerja kebajikan.

Dan tahun ini, MBS meneruskan niat murni mereka dengan menghulur bantuan kepada 'Ideas Autism Centre' dan Yayasan My Shining Star.

Lebih bermakna, jalinan erat dua hala di antara Malaysia dan Britain akan kekal harmoni.

"Saya gembira kerana usaha ini telah berjalan lancar dan saya juga gembira kerana dapat menyumbang," kata Presiden MBS, Amarjeet Singh Ghai.

"Bantuan ini sangat bermakna buat kedua-dua pertubuhan ini dan MBS telah melaksanakan tugas yang menakjubkan," tambah Royal Patron MBS merangkap Pengerusi Sports Excel, Tunku Imran Tuanku Ja’afar.

Menurut duta British di Malaysia, Ailsa Terry, pula: "Ini langkah yang penting demi hubungan di antara kedua-dua negara, Malaysia-British."

 

Advertisement

Must Watch Video