Skip to main content

Permotoran

Malaysia Touring Car Championship: HIREV Dream Chaser muncul juara keseluruhan

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

dream-hi-rev.jpg
Gandingan Aaron Hakim dan Daim Hishammudin melakar sejarah bersama pasukan HIREV Dream Chaser apabila muncul juara keseluruhan buat kali pertama dalam Malaysia Touring Car Championship.

Biarpun terdapat pelbagai insiden di awal perlumbaan sehingga menyaksikan abang, Hayden Haikal mengalami masalah brek ketika saingan berbaki 32 pusingan sebelum tamat, namun mereka tetap memperagakan pemanduan konsisten dan berjaya memintas kedudukan tersebut sehingga tamat perlumbaan.

Kemenangan itu juga mengesahkan kejayaan Aaron dan Daim memintas dua lagi pelumba untuk berada pada kedudukan teratas carta MTC.

Mereka dinobatkan sebagai juara keseluruhan dengan mata berganda sebanyak 30, menjadikan jumlah mata keseluruhan 105 di tempat pertama.

Advertisement

Must Watch Video