SUKAN LAIN
Malaysia Swimming hormati keputusan Jun Hoong
Setiausaha Kehormat Malaysia Swimming, Mae Chen, memaklumkan bahawa badan induk itu menghormati keputusan persaraan Cheong Jun Hoong serta menzahirkan ucapan terima kasih yang tidak terhingga atas khidmat bakti selama 22 tahun dalam sukan terjun.
Keputusan Jun Hoong itu menyaksikan Malaysia Swimming kini perlu fokus kepada bakat pelapis yang akan membawa cabaran Malaysia di peringkat antarabangsa khususnya dalam sukan bertemasya.
"Kami menghormati keputusannya. Kami percaya dia memiliki masa depan cerah buatnya pada masa akan datang," kata Mae Chen.
"Kami cukup berpuas hati dengan apa yang diusahakan oleh Jun Hoong kepada nama sukan terjun Malaysia di pentas antarabangsa."
Selain Jun Joong, kem terjun negara juga perlu bersedia sekiranya pemenang 17 pingat emas Sukan SEA, Leong Mun Yee membuat pengumuman mengenai persaraan esok.
Sedikit sebanyak intipati pengumuman itu dikongsikan Mun Yee bersama wartawan Astro Arena, Muiz Aziz.
Selain, tumpuan utamanya buat masa ini iaitu duta Kempen Kesedaran Kesihatan Mental Universiti Putra Malaysia Love Challenge.
Itu perkongsian Mun Yee mengenai pengumuman esok yang difahamkan mengenai persaraannya serta menjadi duta kepada kempen kesedaran kesihatan mental.
Kempen tersebut berkolaborasi bersama Persatuan Olimpian Malaysia (MOA) bagi memberi kesedaran kesihatan mental dan membantu rakyat kurang bernasib baik.
Difahamkan kempen tersebut bermula pada 5 Januari dan bakal berlangsung selama dua minggu menerusi beberapa platform media sosial.