SUKAN LAIN
Malaysia Swimming bakal buat rombakan selepas tamat Sukan Asia
Persekutuan Renang Malaysia memberikan bayangan khidmat jurulatih renang negara, Chris Martin, hanya kekal sehingga berakhir temasya Sukan Asia Hangzhou September depan.
Ini apabila Setiausaha Kehormatnya, Andy Low Siak Sian, menegaskan rombakan segera mampu menjejaskan persiapan skuad renang negara untuk menghadapi Sukan Asia.
Renang diklasifikasikan sebagai sukan yang menjadi punca kontinjen negara meraih pencapaian buruk pada temasya dwitahunan itu setelah hanya merangkul satu emas.
Sementara itu, Andy mengesahkan skuad renang negara akan diwakili seramai lapan atlet ke Hangzhou diketuai Phee Jinq Ng selaku satu-satunya atlet renang yang diletakkan dalam kategori A.
Ooi Tze Liang, Syafiq Puteh, Datuk Pandelela Rinong, Dhabitah Sabri dan Wendy Ng antara lima daripada 10 penerjun yang dimasukkan dalam kategori A ke Sukan Asia.
"Kami membawa atlet yang mampu beraksi di pentas final. Kami akan cuba mendapatkan seorang lagi atlet beraksi di Hangzhou, dia baru memecahkan rekod kebangsaan dan berharap dia mampu berjaya disenaraikan," katanya.