SUKAN LAIN
Malaysia sedia anjur Kejohanan Skuasy Remaja Dunia -- Maniam
Malaysia mahu tampil menjadi penyelamat Kejohanan Skuasy Remaja Dunia dengan harapan anak tempatan muncul menjadi juara remaja dunia.
Sebelum ini, kejohanan skuasy remaja dunia dijadual berlangsung di Australia sekitar penghujung Julai hingga awal Ogos.
Bagaimanapun, pandemik covid-19 memaksa kejohanan itu dibatalkan dan kini Malaysia mahu tampil untuk menganjur kejohanan tersebut Disember ini.
Iklan
"Kami bercadang untuk mengajurkan saingan ini bersama-sama dengan Kejohanan Berpasukan Wanita Dunia. Saya percaya ia dapat dilaksanakan," kata Pengarah kejurulatihan Persatuan Raket Skuasy Malaysia (SRAM), Mejar (B) S. Maniam.
Maniam percaya menganjurkan kejohanan berprestij seperti itu di tanah air mampu memberi kelebihan kepada atlet negara untuk merangkul kejuaraan.
"This merupakan acara terakhir yang bakal disertai oleh Aifa Azman di peringkat remaja. Dia memiliki potensi untuk bergelar juara ditambah jika saingan ini dianjurkan di Malaysia, ia secara tidak langsung memberikan kelebihan buat atlet tersebut."
Must-Watch Video