Figura seorang pengadil dalam sukan ragbi sangat dihormati dan disanjungi. Malah, hanya kapten dari setiap pasukan dibenarkan untuk berinteraksi dengan pengadil.

Oleh itu, tidak hairanlah Malaysia Rugby (MR) mengambil inisiatif luar biasa untuk menjalin kerjasama strategik bersama Enervive Sports dalam mengangkat martabat mutu pengadilan negara.

Enervive Sports menerusi jenama sukan (EV) menjadi penaja rasmi pakaian pengadil negara untuk kejohanan utama seperti Piala Agong dan Kejohanan 7 Sepasukan Negara.

Jalinan kerjasama ini turut melibatkan program pembangunan unit pengadilan dan diharapkan menjadi titik permulaan dalam mengangkat sukan ragbi di malaysia.




"Kita jangkakan nilai tajaan sekitar 50 ribu termasuk pakaian di atas padang, pakaian perjalanan, dan baju pemanas badan untuk semua pengadil.

"Ini tidak termasuk pembanggunan Ragbi yang kita kan jalingkan kerjasama bersama pihak pengadil (MR). Dan kita akan cuba menaja pengadil untuk menimba ilmu di luar negara sekiranya ada kejohanan di sana.

"Kita memang ada kerjasama dengan ketua pengarah pengadil (MR) dan buat masa ini kita akan menganjurkan dua kejohanan besar untuk berkerjasama dengan pengadil yang sama.

"Jadi sebagai penghargaan, kami ingin menyumbang kepada Ragbi pengadil kebangsaan." kata Ketua Pegawai Eksekutif Enervive Sports, Shahrizin Shaharudin kepada Nadi Arena.