Skuad Bunga Raya cipta sejarah tersendiri apabila muncul juara buat julung kalinya di Kejohanan Ragbi Sea 7's Singapura 2024 selepas menewaskan pasukan tuan rumah Singapura 14-10.

Pada babak pertama malaysia tampak lebih agresif apabila meraih try pertama menerusi Harith Iqbal pada minit ketiga diikuti conversion dari Azwan Zuwairi.

Selang 4 minit Singapura peroleh try pertama mereka dan menjadikan kedudukan kepada 5-10 menjelang tamat aksi babak pertama.

Memasuki babak kedua, Malaysia semakin agresif menambah mata menerusi try Ahmad Zulhilmi disusuli dengan sepakan conversion Azwan Uzairi pada minit kesebelas perlawanan.

Singapura cuba pamer kebangkitan mereka sehingga merapatkan jurang perlawanan kepada 10-14, bagaimanapun Malaysia jelas tidak berputus asa apabila bijak mempertahankan kubu negara sehingga tamat perlawanan.

Bagi ketua jurulatih, ragbi lelaki 7 sepasukan negara, Nik Safuan Ismade Nik Man kejayaan ini sangat bermakna kerana usaha yang ditampilkan oleh anak buahnya sangat luar biasa.

"Alhamdulillah pasukan Bunga Raya 7s telah pun berjaya memenangi Kejohanan SEA 7s 2024 pada tahun ini.

"Jadi apa yang boleh saya katakan dari segi faktor kemenangan pada hari ini adalah dari segi usaha terbaik yang diberikan oleh pemain yang dipamerkan sangat memberangsangkan dan mengejutkan saya.

"Walaupun dengan keadaan persediaan yang agak singkat mereka mampu pamerkan aksi luar biasa.

"Jadi fokus seterusnya, perancangan bagi pasukan 7 sepasukan negara adalah sasaran kita untuk meneruskan misi kita untuk di Kejohanan Siri Asia yang akan berlangsung pada September dan juga November nanti.

Untuk rekod ini ada percubaan kali keempat malaysia di kejohanan ini dan edisi lalu malaysia terpaksa akur tewas di tangan Chinese Taipei dan sekadar berpuas hati untuk raih pingat perak.