Bekas penolong ketua pasukan dodgeball negara, Hwong Yie Hong, enggan melepaskan peluang beraksi bersama skuad kebangsaan tatkala masih gigih memburu slot dalam Kejuaraan Dodgeball Asia 2025.
Meskipun perlu mengharungi persaingan daripada beberapa pemain muda yang berpotensi, Yie Hong turut memiliki komitmen kerjaya tidak melihat ia sebagai halangan.
Sebagai salah satu tonggak utama, pengalaman dimiliki Yie Hong bukan sahaja penting dalam memimpin pasukan, tetapi mampu menjadi kekuatan tambahan buat Malaysia yang berazam menjulang kejuaraan di laman sendiri.
"Malaysia mempunyai bakat baru yang sangat kompetitif, sedangkan diri saya juga sukar untuk mendapatkam slot kerana perlu bersaing dengan mereka." katanya kepada wartawan Astro Arena, Husna Zainudin.
Malaysia yang menjadi tuan rumah edisi kali ini harus menggunakan kesempatan sebagai kelebihan tertentu untuk mengekang pasukan lawan.