Skip to main content

Sukan Lain

Malaysia medan bangunkan ekosistem inklusif sukan paralimpik

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

datuk-megat-d-shahriman.jpg
Pengiktirafan buat Malaysia dalam membangunkan ekosistem sukan paralimpik yang lebih inklusif selepas menjadi salah satu daripada empat negara yang dilantik sebagai tuan rumah penganjuran Program IPC Mentoring Hub -- NPC Malaysia 2025 yang bermula Selasa lalu.

Jelas Presiden Majlis Paralimpik Malaysia (MPM), Datuk Seri Megat D. Shahriman Zaharudin, program yang menghimpunkan 42 peserta daripada tujuh negara itu diharap mampu diterjemah kepada perubahan positif dalam jangka masa panjang.

"Ini program pertama untuk membimbing rakan-rakan di rantau Asia. 

"Banyak kerjasama akan dibuat, bukan hanya memantau petadbiran malah (merangkumi) penajaan dan cara menganjurkan pertandingan.




"Kami rasa terharu kerana ini merupakan satu pengiktirafan yang tinggi kepada MPM atas kepercayaan diberi oleh Jawatankuasa Paralimpik Dunia yang memilih Malaysia sebagai satu-satunya hub di Asia," katanya di
Pusat Kecemerlangan Sukan Paralimpik Kg Pandan, hari ini.

Menjelang Sukan Para ASEAN 2025 pada Januari depan, persiapan kontinjen negara sudah bermula termasuk penyertaan pasukan bola sepak 'cerebral palsy' dalam Piala Asia-Oceania yang bermula esok. 

"Kami akan berdepan perlawanan pertama bertemu Iran esok, sebuah pasukan kuat. 

"Saya berharap mereka dapat kekalkan momentum sebagai juara ASEAN. 

"Ini juga sebagai persiapan untuk menghadapi Sukan Para ASEAN di Korat," katanya lagi. 

Advertisement

Must Watch Video