Skip to main content

Sukan Lain

MAKSAK Selangor Amateur: Hadiah lumayan jika berjaya dapat hole-in-one

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

golf.jpg
Juara Kejohanan Terbuka Golf Amatur Perlis 2025, Nor Haqiem Hadi, mengimpikan kejuaraan Sukan Anggota Kerajaan (MAKSAK) di Bukit Beruntung Golf and Country Resort bermula esok hingga 18 Oktober ini. 

Ia bukan hanya sebuah kejohanan, malah merupakan platform untuk menonjolkan diri demi tersenarai ke Sukan SEA Thailand 2025.

Bagi Gaqeim, walaupun cabaran lapangan agak sempit, namun dia tetap mahu tampil dengan prestasi konsisten.

"Saya mahu menjadi juara lagi sebab saya baru sahaja menjuarai pertandingan di Perlis.

"Harap prestasi saya terus meningkat.

 

"Mungkin ada sedikit tekanan, tetapi saya tetap mahu menghabiskan kejohanan dan mengumpul mata," katanya di Nadi Arena.

Sementara itu, seorang lagi pemain yang masih segar dengan gelaran juara selepas menakluk Kejohanan Terbuka Amatur Sandakan 2025, Nazran Shahrizan, mengharapkan keajaiban sama berlaku ketika di Sabah apabila dia berjaya mendapat hole-in-one pertama dalam kariernya.

Lebih menarik, wang tunai sebanyak RM12,000 akan diberi kepada mana-mana pemain yang berjaya mendapatkan hole-in-one dalam edisi kali ini.

"Saya mesti nak lagi hole-in-one. 

"Saya akan cuba dapatkan lagi untuk yang kedua," katanya.
Garmin

Lebih Dari Sekadar Jam

Jam Garmin ini bantu anda jejak setiap langkah, degupan & pencapaian dengan tepat.


Dapatkan Sekarang

Advertisement

Must Watch Video