KARATE
MAKAF diharap lebih terbuka soal pemilihan atlet karate
Ketua jurulatih karate Majlis Sukan Negeri (MSN) Pahang, Shah Zulfaqqar Shafie, menyuarakan sikap pilih bulu membabitkan Persekutuan Karate Malaysia (MAKAF) terhadap persatuan di peringkat negeri yang tidak mendominasi kejohanan.
Mereka sering dianaktirikan walaupun ada beberapa nama yang cemerlang dalam kejohanan yang disertai.
Bagi Shah Zulfaqqar, situasi itu hanya merugikan malah mengharapkan keadaan berubah dengan kehadiran Presiden MAKAF yang baru, Datuk Nur Azmi Ahmad.
"Karate boleh pergi jauh lagi, mungkin boleh ke peringkat lebih tinggi.
"Tetapi ada beberapa isu sebab kalau kita lebih terlebih terbuka dalam soal pemilihan atlet, kemungkinan kita akan dapat lagi bagus lagi.
"Kami daripada (kontinjen) Pahang dan kami juga ada atlet yang bagus tapi jarang dapat peluang untuk ke peringkat lebih tinggi.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
"Karnival Bakat MSN ini sangat bagus sebagai pemangkin buat atlet muda. Insya-Allah karate boleh berdaya saing
Dalam masa sama, keempat-empat anaknya menjadi penyambung legasi sukan karate dalam keluarganya yang menyaksikan terbaru, anak bongsunya, Abdul Rayyan Shah, mencuri tumpuan apabila beraksi cemerlang dalam kumittee 13-14 Bawah 52 kilogram dalam Karnival Bakat MSN, Bukit Jalil, yang julung kali mengetengahkan sukan karate.
Abdul Rayyan Shah menjadikan atlet kebangsaan, R Sharmendran, sebagai idolanya.
"Saya kena lebih banyak berlatih jika mahu mengikuti jejak Sharmendran.
"Selepas melihat tiga orang abang sering mendapat pingat emas dan perak dalam kejohanan, saya tertarik untuk menceburi karate," katanya pula.