Skip to main content

Sukan Lain

Majlis pecah tanah Khabib Gym Johor – Permulaan era baharu sukan MMA di rantau Asia Tenggara

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

tmj-khabib-gym.jpg
Semalam di Iskandar Puteri, Johor bahru, tercatat satu lagi detik bersejarah apabila majlis pecah tanah untuk Khabib Gym Johor telah diadakan, menandakan permulaan pembangunan pusat latihan seni mempertahankan diri (MMA) bertaraf antarabangsa di negeri itu.

Khabib gym ini merupakan satu satunya gimnasium yang akan dibangunkan dalam rantau Asia Tenggara, hasil kerjasama antara Legenda MMA dunia itu sendiri, Khabib Nurmagomedov, bersama Majlis Sukan Negeri Johor (MSNJ) serta Kerajaan Negeri Johor yang disokong penuh oleh Yang Amat Mulia, Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor.

Gimnasium ini juga bakal menampilkan beberapa komponen utama seperti gim pertarungan, dewan serbaguna dan gelanggang 'Octagon' berkapasiti sehingga 1,000 orang yang dibangunkan di kawasan berkeluasan hampir enam ekar dengan keluasan binaan meliputi 37,000 kaki persegi, menjadikannya hab sukan tempur bertaraf dunia seumpamanya di negara ini.

Menurut Menteri Besar Johor, Onn Hafiz Ghazi, modul latihan di gim ini juga akan disediakan oleh pasukan professional Khabib sendiri untuk memastikan kualiti bimbingan dan legasi yang ingin dibina setaraf standard yand dibawanya.

Sementara itu, Khabib yang dilantik sebagai ikon sukan Johor dalam ucapannya semalam juga memuji visi Tunku Mahkota Ismail yang menurutnya sangat menitikberatkan pembangunan sahsiah, disiplin dan pendidikan anak muda. Tambahnya lagi, “Saya berharap projek ini tidak hanya melahirkan seorang, tetapi ramai anak muda yang baik, kuat dan berpendidikan. Inilah sebab utama saya membuka gim Khabib di Johor”.

Dengan penambahan gymnasium Khabib ini, ianya mengukuhkan lagi misi dan visi negeri johor untuk menjadi hab sukan di rantau ini sekaligus melahirkan lebih ramai lagi atlit bergelar juara dunia satu hari nanti.
 

Advertisement

Must Watch Video