Majlis Anugerah Sukan Universiti Teknologi Mara (UITM) 2024 menjadi pentas sejarah buat atlet angkat berat negara, Aniq Kasdan, yang berjaya merangkul gelaran Olahragawan UITM buat kali ketiga berturut-turut.
Perkara itu selepas Aniq mempamerkan prestasi cemerlang pada 2024 dengan aksinya di Sukan Olimpik Paris dan juga rekod kebangsaan yang berjaya dipecahkan pada tahun yang sama.
Aniq berasakan kejayaan ini sedikit sebanyak membantu dirinya untuk kembali bangkit daripada kecederaan yang baru dialami sekali gus terus menggegar dunia angkat berat.
"Ini satu batu loncatan buat saya terus mencipta kejayaan untuk membawa nama UITM dan Malaysia di mata dunia. Sekarang ini saya semakin baik dan sudah pulih 70% daripada kecederaan yang saya hadapi ketika di China sebelum ini," katanya.
Sementara itu, pemanah recurve negara yang juga beraksi di Sukan Olimpik Paris, Nurul Azreena, berjaya memecahkan dominasi dua tahun atlet boling padang negara, Nur Ain Nabilah dan Aleena Nawawi, untuk merangkul gelaran olahragawati UITM 2024.
"Saya tidak letakkan sasaran tinggi tetapi bersyukur dengan anugerah ini. Selepas ini saya akan tingkatkan prestasi saya lagi dan cuba rangkul untuk tahun hadapan." tambahnya.
Malah, Astro Arena juga menjadi satu daripada empat media yang dikurniakan Anugerah Rakan Media oleh UITM hasil daripada liputan yang dibuat terhadap atlet-atlet UITM sepanjang tahun 2024.

Tahniah Aniq Kasdan & Nurul Azreena muncul sebagai Olahragawan & Olahragawati UiTM 2024 ?
— Kamal Nizam (@kamalnizamm) July 2, 2025
Berita lanjut di @ASTROARENA pic.twitter.com/oTVh2lvLhF