Skip to main content

Sukan Lain

Mahinda K. Vallipuram diangkat presiden terbaru MCA

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

mca.jpg
Mahinda K. Vallipuram kembali mengisi kerusi panas Presiden Persatuan Kriket Malaysia (MCA).

Dia seolah menang tanpa bertanding untuk jawatan berkenaan dalam Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) yang diakan di Subang Jaya, hari ini.

Mahinda meraih 26 undian berbanding tiga pencabarnya iaitu Dr. Arun Kumar, Iqbal Ali Kassim Ali dan Amarjeet Singh yang tidak mendapat sebarang undian daripada ahli gabungan.




Untuk rekod, Mahinda terpaksa melepaskan jawatan Presiden MCA kepada Iqbal pada 2021 kerana sekatan tempoh memegang jawataan seperti yang diperuntukkan dalam peraturan persatuan.

Dan Iqbal dilaporkan mengumumkan peletakan jawatan yang disandangnya sejak 2021, pada 13 April lalu.


 

Advertisement

Must Watch Video