Skip to main content

E-Sukan

Magnus Carlson raja video permainan catur di EWC 2025!

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

magnus-ewc.jpeg
Magnus Carlson dari Team Liquid berjaya membawa pulang emas i Riyadh selepas mendominasi aksi peringkat akhir permainan video catur menentang Alireza Firouzja dari Team Falcons di Esports World Cup 2025.

Juara Dunia catur 10 kali ini bukan sahaja mempamerkan dominasi dalam sukan catur, Magnus juga berjaya membuktikan keampuhannya di dalam permainan video catur yang telah diadakan julung kali di EWC 2025.

 


Grandmaster kelahiran Norway itu tidak memberi muka kepada Firouzja selepas meraih empat kemenangan, 2 keputusan seri & hanya 1 kekalahan di aksi akhir itu pada 1 Ogos lalu.

Penampilan pertama permainan video catur di EWC itu sekaligus menobatkan Magnus selaku juara pertama kejohanan berprestij di Riyadh itu.

Magnus juga membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM1.056 juta - antara hadiah wang tunai catur kompetitif terbesar kebelakangan ini.

Advertisement

Must Watch Video