MAF Athletic Super Series: Enam siri bakal jadi medan atlet Malaysia asah bakat
Saufi Tahir
April 18, 2024 21:06 MYT
April 18, 2024 21:06 MYT
Berbaki sehari menuju permulaan Kejohanan Olahraga Terbuka Johor di bawah MAF Athletic Super Series, Penganjuran Kejohanan Olahraga Terbuka Cahya Mata Super Series 1 2024 bakal membantu pembanggunan sukan olahraga negara dengan kini sudah menerima sebanyak 503 atlet yang akan mengambil bahagian.
Pengarah Teknikal Kejurulatihan KOM, Robert John Ballard, komited dengan filosofi penganjuran tersebut untuk memberikan pendedahan asas kepada para atlet selain merancakkan arena sukan tempatan.
Dia berharap kojohanan tersebut dapat mengasah bakat atlet Malaysia ke tahap yang lebih tinggi memandangkan terdapat enam siri yang akan berlangsung di seluruh Malaysia.
"Ini adalah kejohanan siri yang menarik dengan Cahya Mata telah menaja enam acara super siri dengan enam lokasi di seluruh Malaysia.
"Ia menawarkan mata dan hadiah wang kepada atlet yang menjuarai siri ini nanti. Dalam edisi Terbuka Johor nanti sebanyak 503 atlet yang akan turut serta dan jumlah tersebut dijangkakan akan terus bertambah.
"Atlet dan jurulatih boleh meletakkan sasaran dalam setiap siri memandangkan acara ini adalah secara bermusim bagi mengasah bakat atlet mereka dan bukan sekadar mencuba nasib sahaja." katanya.