Skip to main content

Sukan Lain

Madhuri sandaran baru MAKAF kategori 55kg

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

madhuri.jpg
Persekutuan Karate-do Malaysia (MAKAF) mengalihkan sandaran kepada atlet muda, P. Madhuri, yang makin menghambat ranking dunia Syakilla Salni Jefri Krishnan untuk meraih tiket Sukan Olimpik Tokyo 2020 dalam kumite kategori 55kg.

Madhuri kini menghuni ranking ke-116 kelayakan Sukan Olimpik berbanding Syakilla (83).

Namun, Madhuri berpeluang memperbaiki kedudukannya apabila menyertai Kejohanan K1 di Istanbul, Turki bermula Jumaat ini.

Lantas, MAKAF yakin peluang Madhuri lebih baik kerana dia tidak berdepan sebarang masalah peribadi walaupun cetek pengalaman.

"Kami telah membuat perancangan bersama Majlis Sukan Negara (MSN) dan Institut Sukan Negara (ISN) dalam memberikan persaingan dengan Syakilla," kata Setiausaha agung MAKAF, Datuk Nur Azmi Ahmad.

Sementara itu, MAKAF tetap berharap Syakilla berusaha mendapatkan tiket Sukan Olimpik walaupun dalam kategori berbeza.

Sukan Olimpik Tokyo hanya mempertandingkan tiga kategori, iaitu bawah 55kg, bawah 61kg dan atas 61kg.

"Kami masih lagi meletakkan harapan kepada Syakilla dengan menyediakan tiga kategori untuk dipilih. Jika mahu beraksi dalam kategori 55kg, dia perlu menurunkan berat badan, jika tidak terdapat kategori 61kg dan atas 61kg."

Advertisement

Must Watch Video