Skip to main content

Sukan Asia

Luncur beroda: Hazim mahu gunakan pengalaman di Australia

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

hazim.jpg
Atlet luncur beroda, Mohamad Hazim Shahrum, menjadi atlet Malaysia terakhir yang tiba menyertai Sukan Asia 2018 apabila akhirnya menjejakkan kaki di Palembang.

Dia yang berpangkalan di Melbourne, Australia akan beraksi dalam acara perlumbaan lebuh raya 20 kilometer kasut beroda.

"Saya berasa sangat gembira dan mahu memulakan cabaran dengan momentum yang tinggi. Saya akan cuba yang terbaik," katanya.

"Saya telah berlatih di Australia selama tiga bulan dan kami mempunyai kelompok yang bagus. Persiapan saya berjalan lancar dan membuatkan saya gembira. 

"Ia dijalankan oleh seorang jurulatih yang mempunyai pengalaman di peringkat antarabangsa dan saya yakin dengan latihan yang dilalui. 

"Sejujurnya, saya tidak mahu meletakkan diri dalam tekanan dan hanya akan melakukan yang terbaik," ujarnya.
 

Advertisement

Must Watch Video