TENIS
Lumrah barang baru sentiasa jadi lebih sensasi-- Nadal
Rafael Nadal mengakui peminat tenis Sepanyol mempunyai bintang baru untuk disokong selepas Carlos Alcaraz meneruskan musim cemerlangnya dengan kejayaan di Terbuka Madrid, semalam.
Alcaraz mengatasi Alexander Zverev dalam tempoh hanya 62 minit dalam penentuan gelaran di Madrid itu untuk diangkat pemain kedua termuda yang memenangi dua gelaran ATP Masters 1000 selepas turut mengungguli Terbuka Miami, Mac lalu.
Pemain berusia 19 tahun itu juga merupakan pemenang lima Jelajah ATP termuda sejak Nadal merangkul tujuh gelaran pada usia yang sama pada 2004-05.
Iklan
Alcaraz melakar banyak sejarah dalam laluannya ke final di ibu negara Sepanyol itu apabila menjadi pemain pertama yang menewaskan Nadal dan Novak Djokovic secara berturut-turut.
Justeru, pemenang 21 grand slam itu mengakui peningkatan mendadak Alcaraz sedikit sebanyak telah mengubah senario tenis Sepanyol.
"Pertama sekali, saya fikir dia masih muda, dia baru jadi semua perkara baru sememangnya akan menjadi jauh lebih menarik daripada yang lama.
"Ia tidak boleh dinafikan lagi. Apabila anda melihat kereta baru, ia akan sentiasa kelihatan lebih baik," katanya kepada pemberita.
"Apabila anda melihat telefon baru, ia akan sentiasa kelihatan lebih baik daripada yang lama. Ia lumrah dalam kehidupan ini. Saya tidak boleh merungut langsung mengenai perkara ini.
"Pada masa yang sama, saya gembira untuk mempunyai seseorang rakan senegara yang meraih pencapaian sepertinya."
Must-Watch Video