BERITA SUKAN AM

Lukman Salleh, Suzana Basri, Zulhelmi Zainal Azam rangkul Anugerah SAM

Saufi Tahir 06/06/2024 | 14:18 MYT
Pengulas Astro Arena, Suzana Basri, berjaya meraih anugerah Pengulas Sukan Popular 2023 dalam majlis Anugerah Perpaduan Penyatuan Penulis-Penulis Sukan Malaysia (SAM), di Seri Pacific Hotel, Kuala Lumpur sebentar tadi.
Dalam pada itu, penerbit kanan bilik berita Astro Arena, Luqman Salleh berjaya merangkul anugerah bagi kategori Ulasan Berita Terbaik Media Elektronik 2023 dan berjaya membawa pulang RM4000 ribu.
Wartawan sensasi Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam, pula merangkul anugerah bagi kategori Acara Laporan dalam majlis tersebut sekali gus melengkapkan tiga anugerah dibawa pulang untuk Astro Arena.
Acara yang berlangsung itu adalah bagi mengangkat komuniti media sukan dan atlet di Malaysia serta disampaikan oleh Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh.
Dalam pada itu Anugerah Khas 100Plus diraih oleh atlet Muay Thai negara, Johan ‘Jojo’ Ghazali dan skuad Sepak Takraw Negara apabila cemerlang meraih gelaran juara dalam kategori Double dan Regu di Piala Dunia ISTAF, Mac lalu.
Anugerah Siebel 2023 yang merupakan anugerah utama serta kemuncak dalam kewartawanan menjadi milik akhbar Harian Metro.
Tahniah buat semua pemenang!
#Anugerah SAM #Zulhelmi Zainal Azam #Luqman Salleh #Suzana Basri,
;