LTdL: Zawawi Azman yakin potensi muka baru taruhan Pasukan MPC

Shaiful Shamsudin
September 19, 2024 20:47 MYT
Pelumba Pasukan MPC, Zawawi Azman, mahu melupakan segala isu dan krisis tahun lalu demi memastikan penyertaanya dalam Le Tour de Langkawi (LTdL) 2024 tidak sia-sia dan mampu menjelmakan sesuatu yang lebih positif.
Walaupun kebanyakan pihak melihat kehadiran Pasukan MPC selaku pasukan baru dan dibarisi oleh pelumba yang lebih muda, namun persiapan rapi yang dijalani mungkin mampu mengubah persepsi itu.
Bagi seorang lagi pelumba yang baru sahaja menyertai pasukan, Izzat Hilmi, mengakui setiap peringkat perlumbaan LTdL kali ini kian mencabar.
Pelumba baru ini seperti mahu cuba semua perkara. Jadi ia sedikit sebanyak memotivasikan saya. Pemikiran positif mereka turut mempengaruhi saya," kata Zawawi di Nadi Arena sebentar tadi.
Namun, dengan pengalaman yang dimiliki selain latihan dan persiapan yang dilalui ketika ini, dia dan rakan-rakan yang lain yakin mampu memberikan saingan yang terbaik.
Bersama Zawawi, mereka merupakan antara pelumba yang paling senior dalam Pasukan MPC dan bertanggungjawab dalam mengatur strategi dan juga bimbingan menerusi pengalaman yang dimiliki.
"Saya dan Zawawi pernah menyertai banyak kejohanan lebuh raya dan kami akan bergabung dengan rakan-rakan lain daripada berbasikal bukit.
"Masing-masing ada kelebihan, merek boleh mendaki. Berdasarkan perlumbaan di China dan Oman, mereka cuma perlu timba lebih banyak pengalaman," katanya.
#Berbasikal #LTdL