Dua minggu sebelum Le Tour de Langkawi (LTdL) membuka tirai, penganjur kejohanan, Human Voyage, melantik Shahaizereen Abd Hamid untuk memangku tugas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) yang disandang Datuk Ahmad Mustafa ekoran masalah kesihatan.
Shahaizereen dalam masa sama akan menjalankan tugas selaku Ketua Pegawai Operasi (COO) kejohanan yang disandangnya sebelum ini.
Meskipun penganjuran LTdL mengalami kekangan masa persiapan sebelum ini, Shahaizereen optimis dengan perancangan yang telah disediakan Mustafa bahawa LTdL edisi ke-25 bakal menampilkan kelainan.
"Seperti yang kami katakan sebelum ini, tiada sebarang isu melibatkan persiapan untuk menganjurkan LTdL bagi edisi kali ini," katanya.
Ketika ini, pihak pengurusan masih dalam fasa memuktamadkan 22 pasukan yang akan bertanding untuk perlumbaan meliputi jarak keseluruhan 1,095.7 kilometer itu.
Shahaizereen turut menegaskan pihak pengurusan masih menunggu maklum balas daripada beberapa pasukan profesional dunia yang lain walaupun sehingga kini hanya satu pasukan bertaraf itu sah menyertai perlumbaan.
"Atas faktor kesihatan, Datuk Mustafa tidak dapat mengikuti saingan LTdL kali ini. Penganjuran saingan ini adalah hasil usaha sepasukan dan kami menghormati keputusan beliau."
Editor: Ammar Hakim