Jurulatih skuad berbasikal lebuhraya negara, Mohd Yusof Abdul Nasir, menegaskan struktur laluan Petronas Le Tour de Langkawi (LTdL) 2025 menyaksikan aspek yang perlu diberi perhatian iaitu peringkat kelapan - Tangkak ke Kuala Lumpur dengan jarak meliputi 180.5 kilometer.
Saingan mencabar bakal berlaku pada 10km yang terakhir sebelum tamat di Menara Berkembar Kuala Lumpur (KLCC).
Mohd Yusof juga mengakui edisi kali ini merupakan medan terbaik bagi mengintai pelumba yang memiliki potensi besar untuk mewakili negara beraksi dalam temasya Sukan SEA Thailand yang berlangsung hujung tahun ini.
"Pendapat saya, pusingan terakhir antara yang paling mencabar kerana sebelum penamat, ia melibatkan laluan berbukit.
"Ia adalah saingan secara terbuka hingga ke peringkat terakhir.
"LTdL kali ini adalah medan utama pemilihan atlet ke Sukan SEA Thailand," katanya kepada wartawan Astro Arena, Faizal Bazari.