Kurang seminggu sahaja lagi sebelum Le Tour de Langkawi (LTdL) 2020 membuka tirai, kem Malaysia tampak masih lagi berahsia mengenai status enam pelumba yang akan menggalas cabaran dalam perlumbaan itu yang bermula Khamis depan.
Ketua jurulatih, Mohd Yusoff Abd Nasir, enggan terburu-buru dalam menamakan enam pelumba terbaik yang bakal menyarung jersi Malaysia dalam LTdL 2020.
Gambaran penuh sudah ada dalam mindanya, namun ketika ini beliau masih menilai secara khusus individu yang bakal menggalas tugas sebagai pakar pecut dan pendaki dalam pasukan berkenaan.
Ketika ini, terdapat 15 pelumba yang mencuba nasib dalam sesi pemilihan, termasuk pelumba veteran, Annuar Manan.
"Semuanya sudah mencukupi, kami hanya perlu mengumumkan senarai pelumba.
"Kuota untuk pelumba bukit juga telah pun ada, cuma tinggal lagi kami perlu memilih pakar pecut.
"Pelumba yang dalam keadaan terbaik akan terpilih," katanya di Majlis Sukan Negara (MSN), Bukit Jalil, semalam.
Yusoff amat memerlukan gandingan terbaik berbanding edisi lalu bagi memastikan skuad Malaysia dapat menyamai pencapaian muncul sebagai pasukan kedua terbaik Asia dalam LTdL 2019.
"Kami akan berikan yang terbaik.
"Walaupun tidak meletakkan sasaran itu pada tahun lalu, kami akan cuba kekalkannya atau cuba yang lebih baik."
Editor: Shaiful Shamsudin