Skip to main content

Sukan Lain

LTdL: Laluan Miri-Bintulu buat pelumba teruja

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

ltdl-muhsin-al-redha-misbah.jpg
Penganjuran Petronas Le Tour de Langkawi (LTdL 2024) sudah dicanang sebagai edisi paling mencabar dalam sejarah perlumbaan berbasikal paling berprestij di benua Asia itu berikutan pengumuman rasmi laluan perlumbaan semalam. 

Paling mencuri tumpuan, laluan paling jauh edisi kali ini yang melibatkan peringkat ketujuh dari Miri ke Bintulu sejauh 199.3 kilometer yang menjadi penutup edisi ke-28 ini, sekali gus menawarkan pengalaman berharga beraksi disamping pelumba elit dunia.

Senario ini menerbitkan keterujaan barisan pelumba muda daripada pasukan engara seperti Terengganu Cycling Team (TSG), Malaysia Professional Cycling (MPC) serta pasukan berbasikal lebuh raya kebangsaan.

Edisi 2024 ini menjanjikan ujian yang lebih mencabar memandangkan setiap pasukan berperang dengan masa untuk proses rehat pelumba sebelum mengharungi dua peringkat terakhir di Sarawak.

"Laluan di Sarawak satu perlumbaan yang memberangsangkan. Ia membuatkan ramai pelumba teruja, apatah lagi laluannya di sana agak mencabar dan berbukit. 





"Saya harap kami dapat buat persiapan awal empat bulan untuk menghadapi laluan di sana," kata ketua jurulatih berbasikal lebuh raya negara, Yusof Nasir.

Tambah pelumba berbasikal lebuh raya negara, Muhsin Al Redha Misbah:  "Kami pernah berlumba sekali sahaja di sana jadi saya sangat teruja."
 

Advertisement

Must Watch Video