SUKAN LAIN
LTdL: Jones ungguli penamat di Kerteh
Peringkat kedua perlumbaan Le Tour de Langkawi (LTdL) dari Kuala Terengganu dan berakhir di Kerteh hari ini menyaksikan pelumba Ara Pro Cycling Sunshine Coast, Taj Jones, muncul juara manakala Nur Aiman Zariff terpaksa berputih mata.
Pelumba Team Sapura Cycling (TSC), Nur Aiman, tampil dengan aksi membanggakan dalam perlumbaan yang meliputi jarak 175.5 km itu apabila mengungguli ketiga-tiga zon pecutan.
Namun, menuju beberapa meter terakhir, dia terjatuh hingga menafikan peluangnya untuk sekurang-kurangnya meraih podium.
Iklan
Jones menamatkan perlumbaan itu dengan catatan 4 jam 5 minit 29 saat sambil wakil Terengganu Cycling Team (TSG), Harrif Saleh, merakamkan tempat kelima.
Yevgeniy Fedorov, bagaimanapun, kekal mempertahankan jersi kuning, jersi hijau dan putih selepas pelumba Vino-Astana Motors itu mengungguli peringkat pertama di Sarawak, semalam.
Editor: Shaiful Shamsudin
Must-Watch Video