Skip to main content

Sukan Lain

LTdL: Gleb Syritsa tawan Peringkat 8, juara keseluruhan milik Carr

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

ltdl.jpg
Pakar pecut Astana Qazaqstan, Gleb Syritsa, bijak untuk muncul terpantas di kilometer terakhir untuk muncul juara peringkat terakhir Le Tour de Langkawi 2023.

Perlumbaan peringkat 8 itu menyaksikan para pelumba berkayuh dari Setia Alam Convention Center ke Menara KLCC dengan perlumbaan sejauh 156.5 kilometer.

Dan seperti dijangka, tiada perubahan penyarung jersi di hari terakhir, saingan terakhir LTdL yang bermula rancak apabila 23 pelumba membuat breakaway di hadapan peloton menuju ke zon pendakian pertama.

Xabier Isasa dari Euskaltel–Euskadi berjaya menjadi pendahulu di Puncak Alam.

Pelumba Roojai Insurancem, Polychronis Tzortzakis pula unggul di pendakian kedua sebelum kembali dihambat kelompok peloton.

Kejutan berlaku pada pecutan pertama selepas pelumba negaram, Nur Aiman Rosli muncul terpantas di Kapar sementara rakan sepasukannya, Shaiful Shukri pula menjadi pelumba paling pantas untuk mengungguli Sungai Buloh.

Empat pelumba masih lagi berada di hadapan peloton dengan jarak 1 minit 30 saat menuju ke pecutan terakhir di Paya Jaras sebelum Davide Gabburo dari Green Project-Bardiani CSF-Faizane muncul terpantas.

Kesemua kelompok hadapan kembali dibaham peloton di Ampang dengan baki 7 kilometer lagi ke garisan penamat.

Jalan lurus di kilometer terakhir menjadi medan pecutan buat semua pelumba.

Dan pelumba Astana Qazaqstanm, Gleb Syritsa bijak mengambil kesempatan untuk buat henjutan terakhir sekaligus menjadi juara peringkat terakhir LTdL 2023.

Menariknya, Simon Carr kekal sebagai penyarung jersi hijau keseluruhan dan Arvid de Kleijn juga berjaya meraih gelaran raja pecut secara keseluruhan tahun ini.

Untuk rekod, Carr menyarung Jersi Hijau selaku pendahulu keseluruhan sejak menjuarai Peringkat 5 dari Slim River, Perak ke Genting Highlands pada Rabu lalu, Carr merekodkan catatan masa 29 jam 17 minit dan 41ss.

Carr meninggalkan pencabar terdekat yang juga rakan sepasukannya, Alexander Jefferson Cepeda Orti dengan perbezaan 49s, manakala pelumba Equipo Khern Pharma, Pablo Castrillo di tangga ketiga keseluruhan.

Kejayaan itu juga sekali gus menyaksikan Carr melakar sejarah muncul pelumba pertama dari Great Britain menjuarai perlumbaan berstatus ProSeries itu yang kali pertama dianjurkan pada 1996.

Advertisement

Topik Berkaitan

Must Watch Video