Skip to main content

Sukan Lain

LTdL: Amirul Mazuki gembira rampas gelaran raja bukit

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

amirul-mazuki.jpg
Selepas tamat peringkat kedua saingan Le Tour de Langkawi (LTdL), kejutan berlaku apabila gelaran raja bukit kini bertukar tangan.

Jika peringkat pertama semalam menyaksikan pelumba Terengganu Polygon Cycling Team (TSG), Nur Aiman Zariff, menyarung jersi polka dot, kali ini rakan sepasukannya, Amirul Mazuki, pula cemerlang di kedua-dua zon pendakian di Setiu dan Pelong.

Amirul, yang merupakan pemegang pingat emas Sukan SEA 2023 dalam acara lepas beramai-ramai, menyifatkan kejayaan itu sebagai pembakar semangat kepada pasukannya untuk menghadapi peringkat ketiga esok, yang dianggap peringkat paling penting.

"Untuk hari ini, saya hanya mengikut perancangan pasukan, di mana kami cuba untuk melakukan pecahan," katanya kepada wartawan Astro Arena, Kamal Nizam.

"Kalau boleh kami mahu mendapatkan mata dalam perebutan raja bukit dan Alhamdulillah, saya dapat melakukan yang terbaik dan dapat mata dalam dua zon pendakian raja bukit.

"Sewaktu mendapatkan mata pertama, saya menerima tentangan yang hebat tetapi saya berhasil mendapatkan mata dan sewaktu mendapatkan mata kedua, ada dua atau tiga pelumba lain memberikan saingan tetapi jarak zon itu tidak panjang, jadi saya mendapatkan mata," katanya


 

Advertisement

Must Watch Video