Detik cemas Le Tour de Langkawi (LTdL) 2024 langsung tidak memberi kesan buat pelumba Malaysia Cycling Team, Muhammad Elmi Jumari, untuk merancang kebangkitan pada edisi tahun ini.
Elmi sudah mula berlatih pasca kemalangan ngeri di peringkat kedua -- lebih spesifik ketika perlumbaan menuju garisan penamat laluan dari Arau ke Butterworth.
Pelumba berpengalaman itu terpaksa berehat panjang selepas kemalangan tersebut dan kini sudah menemui rentak kayuhan konsisten.
Elmi yang juga merupakan pakar pecut sudah menganalisa laluan peringkat LTdL edisi kali ini dan memberi bayangan untuk mengakhiri kemarau kedudukan podium tahun ini.
Ini kerana, pada dua penampilan di LTdL 2018 serta 2024 -- Elmi yang juga merupakan anggota Sang Saka Biru gagal mencapai objektif peribadi untuk menghuni kedudukan podium.