Skip to main content

Sukan Lain

LTdL 2024: Malaysia Pro Cycling sahkan penyertaan

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

mpc.jpg
Pasukan Malaysia Pro Cycling mengesahkan penyertaan mereka ke Le Tour De Langkawi 2024.

MPC turut memperkenalkan persetujuan bersama pihak penajaan sementara mendedahkan identiti baru pasukan dalam satu majlis yang berlangsung di Helaz Bike Shop di Melaka. 

Acara itu turut menandakan satu pencapaian baharu pasukan tersebut, memperkenalkan kit baharu pasukan dan logo, memberikan semangat baru buat pasukan dalam usaha untuk memperoleh pencapaian yang lebih tinggi di pentas profesional.


Pengarah sukan MPC, Sayuti Zahit, meluahkan kesyukuran dan berkongsi pencapaian serta membincangkan mengenai masa depan pasukan. 

"Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada barisan penaja-penaja MPC, iaitu Helaz, MZSB, SLM, TREK, Dt Swiss, Victoria N8, Pro Apparel, Shimano, Laser, Pro & CurrexSole.

"Alhamdulillah, hari ini genap hampir satu tahun penubuhan MPC. Walaupun masih baru, beberapa kejayaan telah kami lakarkan sepanjang penubuhan MPC.

"Sebagai contoh, pada bulan April, MPC telah menaiki podium di Tour of Thailand UCI 2.1 dan pada masa yang sama berjaya membawa pulang Green Jersey atau Jersey Pecut pada kejohanan Tour De Thailand UCI 2.1 menerusi raja pecut MPC, Izzat Hilmi.

"Semalam, kami baru pulang dari Tour De Ijen. Alhamdulillah, sekali lagi Izzat Hilmi, raja pecut MPC, berjaya menaiki podium pada stage yang kedua.

"LTDL 2024 hanya tinggal dua bulan sahaja lagi. Ini merupakan penampilan sulung MPC di Edisi Petronas LTDL.

"Buat masa ini, saya telah mengenal pasti empat nama pelumba yang akan menjalani latihan di Cameron Highlands sebelum kami bertolak ke China untuk menyertai perlumbaan pada bulan Ogos dan September.

"Semoga kita sama-sama dapat membawa sukan berbasikal Malaysia ke peringkat yang lebih tinggi.

"Sama-sama kita doakan kejayaan kontinjen kita di Sukan Olimpik dan seterusnya mereka dapat membawa pulang pingat emas pertama untuk Malaysia."

Advertisement

Must Watch Video