14 hari lagi sebelum menjelang Le Tour de Langkawi 2024 menyaksikan pasukan Malaysia Pro Cycling (MPC) dalam persiapan akhir untuk memilih barisan rasmi pelumba terbaik yang akan beraksi dalam perlumbaan berbasikal lebuhraya berprestij Asia itu nanti.
Pengurus MPC, Sayuti Zahit, mendedahkan lima nama sudah pun dipilih dan kini hanya mencari satu lagi individu yang bakal melengkapkan barisan enam pelumba.
Walaubagaimanapun, Sayuti masih lagi mengunci mulut mengenai senarai rasmi itu. Namun, nama seperti Zawawi Azman dan Izzat Hilmi sudah pasti akan disenaraikan sekali gus menerajui barisan pelumba muda di edisi kali ini.
"Sejujurnya kita sudah mempunyai lima pelumba yang akan mewakili, selepas menamatkan jelajah di China, Hainan dengan Oman telah menjadi sesi pemilihan terakhir untuk menetapkan barisan pelumba terbaik.
"Lagi seorang pelumba akan dipilih sebelum kita ke LTdL nanti." katanya kepada Nadi Weekend.