BERBASIKAL
LTdL 2024: Kisah lucu di sebalik Nur Aiman tersalah sarung jersi putih
Pelumba Terengganu Cycling Team (TSG), Muhammad Nur Aiman Rosli, memastikan saingan peringkat pertama Le Tour de Langkawi dengan meraih jersi putih.
Saingan yang bermula di Langkawi, Kedah, menyaksikan perebutan jersi putih bagi acara klasifikasi pelumba terbaik Asia menjadi rebutan.
Dalam perlumbaan mengelilingi Pulau Langkawi itu sejauh 96.5 kilometer menyaksikan Aiman menamatkan perlumbaan dengan catatan masa dua jam empat minit dan 33 saat.
Iklan
Pelumba Malaysia Pro Cycling Team (MPC) Mohammad Izzat Hilmi Abdul Hall dan Muhammad Fahmi Khairul berada di tempat kedua dan ketiga, ketinggalan empat di belakang Aiman.
Ketika menaiki pentas, Nur Aiman yang kelihatan teruja untuk naik ke pentas hingga tersalah menyarung jersi.
Jersi yang diberikan di atas pentas memiliki zip di belah belakang berbanding jersi yang dipakai untuk perlumbaan.
Saingan Peringkat 1 dimenangi oleh Gleb Syritsa dari pasukan Astana manakala Casper van Uden dan Lorenzo Conforti melengkapkan podium.
Must-Watch Video