Pasukan Malaysia Pro Cycling (MPC) teruja dalam persiapan untuk melakukan debut di temasya berbasikal paling berprestij Malaysia, Le Tour de Langkawi (LTdL) 2024.
Pengurusnya, Sayuti Zahit, menyifatkan mereka dalam fasa penting ketika ini dalam menentukan senarai akhir pelumba yang bakal membawa cabaran di LTdL nanti.
Dengan pelumba utama kini berada di China ketika ini untuk saingan Tour of Hainan, MPC bakal menjadikan Tour Of Salalah, Oman sebagai medan percubaan terakhir sebelum memperkenalkan barisan rasmi yang akan ke Langkawi nanti.
"Hari ini perlumbaan berlangsung dalam lima peringkat dan kita ada tujuh pelumba di sana, dimana di sana kita akan pilih lagi empat atau lima pelumba pula.
"Kemudian kita akan sambung Tour Of Salalah di Oman, dan selepas itu kita akan tentukan enam pelumba terbaik yang akan beraksi di LTdL." katanya.
Dalam pada itu, pelumba muda MPC, Ariff Danial Noor Roseidi, berasa yakin bahawa pelbagai ilmu akan dapat diraih daripada pelumba senior untuk menghadapi perlumbaan mencabar pada akhir September ini.
"Saya dapat belajar bila henda gunakan kekuatan kita, jadi strategi amat penting. Jadi saya kerap tanya pada senior cara untuk tenang dalam perlumbaan." katanya.