LTdL 2024: EF Education partaruh empat pelumba pendaki terbaik
Saufi Tahir
Ogos 29, 2024 13:32 MYT
Ogos 29, 2024 13:32 MYT
Pasukan World Tour EF Education EasyPost mempertaruhkan empat pelumba terbaik yang berkaliber bagi pertahankan gelaran pelumba terbaik keseluruhan (GC) menjelang saingan Petronas Le Tour de Langkawi (LTdL) 2024 pada 29 September hinggi 6 Oktober 2024 ini.
Jaguh jersi hijau musim lalu, Simon Carr, akan mengetuai barisan pelumba yang berpangkalan di Amerika Syarikat yang turut dibarisi Alexander Cepeda, Jhoan Esteban Chaves, Hugh Carthy, Markel Beloki Fernandez dan Stefan De Bod.
Simon Carr sudah mengumpul dua kemenangan peringakat Eropah dalam perlumbaan Trofeo Calvia di Sepanyol dan Tour of the Alps seemstinya akan mempertahankan jersi hijaunya. Manakala, Cepeda pula merupakan pelumba terbaik di Tour de I'Ain dan pernah menghuni tangga kedua dalam saingan LTdL 2023.
Dalam pada itu, Hugh Carthy dan Chaves antara pelumba paling berpengalaman pasti akan mencabar keseluruhan pelumba dengan saingan yang sengit.
Walaupun tampil dengan empat pelumba pendaki, strategi keseluruhan pasukan bakal menjadi penentu kejayaan kerana laluan saingan LTdL mempunyai laluan landai yang lebih panjang serta pendakian seawal peringkat ketiga dari Taiping ke Cameron Highland menanti 22 pasukan.
Perlumbaan sejauh 1,290 KM itu juga bakal menyaksikan Pulau Langkawi kembali tersenarai dalam laluan saingan serta buat pertama kali akan dilangsungkan di dua bandar di Sarawak-Miri dan Bintulu.