Skip to main content

Sukan Asia

LRT pastikan kelancaran atlet, petugas di Palembang

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

cewek.jpg
Bagi melancarkan pergerakan atlet dan pegawai sukan yang terlibat dalam Sukan Asia Indonesia, pihak berkuasa tempatan mengambil langkah proaktif dengan menutup penggunaan sistem transit aliran ringan (LRT) di Palembang kepada umum selama tiga hari bermula semalam sehingga esok. 

Ia bertujuan memudahkan pergerakan atlet, khususnya dari Lapangan Terbang Antarabangsa Sultan Mahmud Badaruddin Ke-2 ke Kompleks Sukan Jakabaring yang mengambil masa sekitar satu hingga dua jam kerana berdepan masalah kesesakan jalan raya.

Penggunaan LRT dapat menjimatkan masa dan barisan atlet dari seluruh Asia yang bertanding dijangka akan tiba di perkampungan atlet dalam tempoh 30 minit sahaja.

Malah, penggunaan LRT adalah percuma bukan sahaja untuk atlet dan pegawai sukan yang terlibat sepanjang Sukan Asia, malah keutamaan juga diberikan kepada pengamal media dan sukarelawan yang bertugas dengan syarat perlu mempamerkan pas rasmi Sukan Asia.

Aspek keselamatan juga diberikan penekanan oleh pihak berkuasa tempatan dengan menempatkan polis serta tentera untuk berkawal kerana sebelum ini, akhbar tempatan melaporkan wujud unsur sabotaj terhadap LRT di Palembang yang menyebabkannya terhenti secara tiba-tiba.

"Kemudahan di Jakarta juga setanding. 

"Kami berasa selesa tanpa berdepan kesesakan dan gangguan lain," kata seorang pengunjung tempatan. 

Seorang lagi warga tempatan yang ditemui pula mengulas: "Demi menyambut Sukan Asia, banyak kemudahan pengangkutan yang amat membantu pergerakan atlet, pegawai dan segalanya. 

"Palembang sudah bersedia untuk menyambut pengunjung."

 

Advertisement

Must Watch Video