Atlet powerlifting negara, Loh Cen Hao, mencipta sensasi selepas merangkul pingat emas dalam kategori 105kg lelaki di Kejohanan Powerlifting Asia 2024 sekali gus memecahkan rekod kebangsaan dalam acara itu menerusi squat dan deadlift itu yang berlangsung di Uzbekistan, awal bulan lalu.
Dia yang merupakan ahli fisioterapi sepenuh masa merupakan bekas atlet lontar peluru negara turut menewaskan jaguh dari Jepun, Rusia, Arab Saudi dan China dengan angkatan deadlift 322.5kg (perak) dan 320.0 (gangsa) untuk squat.
Dia pada awalnya hanya meletakkan sasaran untuk meraih podium, namun susulan kegagalan atlet Russia, Chekasin Konstantin, yang tidak berjaya memperkemaskan angkatan terakhirnya (deadlift) memastikan dia menjadi pemilik pingat emas dengan keputusan 822.5 secara keseluruhan.
Untuk rekod, dalam kejohanan edisi lalu dia sekadar manamatkan cabaran di tempat keempat.