Skip to main content

SUKMA

Logo dan Maskot SUKMA Selangor, macam mana agaknya?

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

sukma-selangor.jpg
15 Ogos, Jumaat ini tarikh yang cukup signifikan buat peminat sukan negara terutama sekalai bagi yang ternanti-nantikan pelancaran logo, maskot dan tema rasmi Sukma XXII dan Para Sukma Selangor 2026.

Pelancaran akan dilangsungkan dengan penuh gilang-gemilang di Dewan Raja Muda Musa, Shah Alam untuk mengumumkan secara rasmi maskot dan logo yang masih menjadi tanda tanya hingga kini. Penciptaan logo melibatkan orang umum di mana sebuah pertandingan telah diadakan pada Februari 2025.

Orang ramai dipelawa menyertai pertandingan mencipta logo Sukan Malaysia (SUKMA) Selangor 2026 yang menawarkan hadiah utama berupa wang tunai berjumlah RM5,000.

Sekretariat SUKMA Selangor 2026 berkata tempat kedua berpeluang membawa pulang wang tunai RM2,000, tempat ketiga RM1,000 manakala RM500 hadiah saguhati diberi kepada dua pemenang.

Setiap peserta dihadkan kepada satu penyertaan sahaja dan logo berkenaan digalakkan menerapkan nilai-nilai kreatif yang menjadi identiti Selangor.

SUKMA Selangor akan dilangsungkan dari 15 Ogos hingga 24 Ogos 2026, manakala Para Sukma akan diadakan dari 5 September hingga 14 September 2026.

Advertisement

Must Watch Video