PERMOTORAN
Litar Suzuka terus hantui Azlan Shah
Badi Litar Suzuka terus menghimpit pelumba Manual Tech KYT Kawasaki, Azlan Shah Kamaruzaman, apabila ditimpa kecederaan retak tulang jari ketika Kejuaraan Motosikal Asia pusingan ketiga di Jepun awal bulan ini.
Tahun lalu di Litar Suzuka, Azlan mengalami kecederaan serius di bahagian kaki kanan selepas dilanggar daripada tepi oleh pelumba Indonesia, Ahmad Yudhistira.
Kini nasib sama menimpa Azlan apabila dia mengalami kemalangan pada sesi kelayakan, yang mengakibatkan dua jari tangan kanannya retak.
Iklan
Walaupun sudah menjalani pembedahan, Azlan masih perlu bertarung dengan masa, apatah lagi dia mempunyai satu lagi perlumbaan penting, iaitu perlumbaan Lapan Jam Ketahanan di Suzuka, 27 Julai depan.
Berbicara mengenai saingan Kejuaraan Asia, Azlan masih optimis dengan kedudukannya sebagai pendahulu kelas perdana supersport 600cc meskipun tidak dapat menaiki podium ketika perlumbaan tempoh hari.
"Kami memiliki tempoh selama dua bulan sebelum beraksi di Sentul, saya yakin mampu kembali sepenuhnya. Sasaran saya adalah cuba mengakhiri perlumbaan di kedudukan podium," katanya.
Must-Watch Video