Skip to main content

Permotoran

Litar baru punca pembatalan perlumbaan MotoGP Silverstone

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

silverstone_1g4pnqtj1hq2b1if66lm5bos8l.jpg
Pengarah perlumbaan MotoGP, Mike Webb, mendakwa trek baru Silverstone tidak sesuai selepas perlumbaan awal hari ini dibatalkan berikutan hujan lebat.

Lebih lima jam selepas ia dijadualkan bermula, Grand Prix British diumumkan tidak akan diteruskan.

Perlumbaan itu dibawa ke jam 11.30 pagi waktu tempatan kerana ramalan cuaca dan orang ramai menunggu dalam hujan sehari selepas sesi latihan akhir semalam, yang menyaksikan beberapa kemalangan, termasuk Tito Rabat mengalami patah tiga pada tulang kakinya.

Penganjur perlumbaan membuat sidang media selepas saingan itu dibatalkan, dengan Webb menyalahkan permukaan asfalt untuk pembatalan itu.

"Ia adalah keputusan langsung daripada permukaan trek," kata Webb.

"Kami mempunyai pengalaman bertahun-tahun di sini dalam keadaan sangat basah dengan permukaan lama. Kami tidak dapat mengadakan perlumbaan.

"Tahun ini, dengan permukaan yang baru, kali pertama kami menghadapi banyak air di tempat-tempat kritikal.

"Apabila dalam hujan lebat, ia tidak selamat di beberapa tempat kerana air tidak mengalir ke longkang daripada permukaan.

"Kami buat semua apa yang kami dapat lakukan untuk mengadakan perlumbaan hari ini, jelas sekali perkara terakhir yang kami dapat lakukan adalah membatalkan kejohanan. Namun, keselamatan tetap menjadi keutamaan."
 

Advertisement

Must Watch Video