Skip to main content

Sukan Lain

Lima hilang selepas perahu lumba karam di Sungai Sarawak

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

perahu-sarawak.jpg
Lima individu hilang selepas perahu lumba yang dinaiki mereka karam dan tenggelam berhampiran kawasan perindustrian Bintawa.

Ketika kejadian mangsa dan 10 yang lain sedang menjalani latihan di Sungai Sarawak sempena Regata Sarawak pada November depan.



Identiti mangsa yang hilang telah dikenal pasti sebagai Mohamad Ikhmal Sama'ail, Majurie MAharuf, Mohd Afuq Isyamudin Asaari, Mohamad Khairul Bidin dan Muhammad Khairul Hisyam Kasturi.

Kesemua mangsa adalah sebahagian peserta daripada UKPS atau Unit Keselamatan dan Penguatkuasaan Sarawak.

Turut berada di lokasi Ketua Polis Daerah Kuching, ACP Farhan Lee Abdullah dan Ketua Operasi Bomba dan Penyelamat Sarawak, Hendery Ardimansyah. 

 

Advertisement

Must Watch Video