Kejohanan Liga Sukan Komuniti peringkat kebangsaan kembali lagi dan bakal menjadi medan terbaik mencungkil bakat baru dalam pembangunan sukan negara.

Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Adam Adli, merasmikan majlis pelancaran tersebut yang berlangsung di Sports Arena, Universiti Tenaga Nasional (UNITEN), Kajang.

"Ini adalah kemuncak kepada penganjuran ini yang sudah bermula sejak Mei dan mengandungi lebih 60,000 peserta daripada pelbagai peringkat khususnya daripada daerah, negeri dan kebangsaan.

"Terima kasih kepada UNITEN keran sudi sekali lagi memberi peluang untuk menggunakan fasiliti sebagai hos sukan ini.




"Liga ini merupakan satu program penting bagi peringkat pembangunan akar umbi.

"Di peringkat Jabatan Belia dan Sukan, sukan komuniti adalah wadah yang digunakan untuk menggalakkan lebih banyak penyertaan daripada seluruh negara," katanya.

Sebagai makluman, empat sukan termasuk ping pong, bola tampar wanita, sepak takraw lelaki dan bola baling akan dipertandingkan dalam edisi kali ini yang dijadualkan bermula hari ini sehingga 27 Oktober ini.