Universiti Teknologi MARA (UiTM) Lions melakar kemenangan kedua berturut-turut selepas mengecewakan Cobra 24-10 dalam kejohanan Liga Ragbi Majlis Sukan Negeri Selangor (MSNS) - Kesatuan Ragbi Selangor (KRS), hari ini.
Meskipun turun selaku status naib juara dan dijangka tidak berdepan masalah, anak buah Zamri Abdul Kahar bijak mengambil kesempatan di atas kesilapan mudah Cobra, sekali gus mencerahkan laluan untuk mara ke separuh akhir.
"20 minit pertama penampilan tidak memuaskan.
"Selepas itu, kami mula mendapat rentak yang diinginkan dan mendominasi segalanya.
"Teknik sememangnya memihak kepada Cobra, tetapi kami berjaya mengenal pasti kelemahan mereka," katanya di Nadi Weekend.
Sementara itu, skuad ragbi 15 sepasukan (15's) wanita Sarawak berhasil meraih kemenangan sulung berdepan Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) Barbarian 35-5.
Kebangkitan sejak tewas dalam aksi pembukaan 29-5 kepada Angkatan Tentera Malaysia (ATM), anak buah Stephen Patrick mempamerkan persembahan bertenaga untuk mendominasi permainan.
Bagi Stephen, kemenangan itu mampu menjadi pembakar semangat memburu misi ke separuh akhir divisyen 1 wanita.