Skip to main content

Sukan Lain

Liga Ragbi MSNS-KRS 2025: ATM tampil kelas tersendiri mara ke final

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

atm-ragbi.jpg
ATM tampil dengan kelas tersendiri selepas menundukkan Sarawak 39-5 dalam aksi separuh akhir divisyen wanita, Liga Ragbi MSNS-KRS 2025.

ATM unggul apabila berjaya mendapatkan tiga try di separuh masa pertama sebelum menambah empat lagi try di separuh masa kedua.

Buat pengurus skuad ragbi wanita ATM, Kolonel Yussrizal Jamaluddin, dia berharap anak buahnya dapat meneruskan momentum kemenangan bersama misi untuk menjinakkan The Mighty Cobra di final nanti kerana dalam pertemuan sebelum ini, ATM tewas di tangan Cobra di siangan peringkat kumpulan.

Sementara itu, jurulatih ragbi Sarawak, Shahradhi Libiki Iskandar, menyahut usaha Kesatuan Ragbi Selangor yang memperkenalkan divisyen wanita dalam format 15 sepasukan.

Ia memberikan peluang buat lambakan pemain Sarawak untuk mendapat minit permainan dalam format itu, dengan sebelum ini hanya memfokuskan format tujuh sepasukan.

Sementara itu, Presiden Kesatuan Ragbi Selangor, Lim Yi Wei, berharap pengenalan divisyen wanita dengan format 15 sepasukan di Liga MSNS-KRS buat julung kalinya diadakan itu mampu menaikkan martabat ragbi wanita negara.

Ini juga merupakan misi dan visi yang mampu membuka mata ragbi Asia untuk tidak mengabaikan format itu di peringkat antarabangsa.

Advertisement

Must Watch Video