Liga Hoki Remaja: SSTMI Thunderbolts pesta gol, pertahankan kejuaraan Piala TNB

Najmi Iman
Jun 29, 2024 15:32 MYT
SSTMI Thunderbolts berjaya mempertahankan kejuaraan apabila berpesta jaringan membelasah SSBJ Thunderbolts tujuh gol tanpa balas dalam perlawanan akhir Piala TNB Liga Hoki Remaja.
Muhammad Safwan Salihe menjadi watak penting pasukan SSTMI Thunderbolts meraih kemenangan selepas membantu pasukannya mencipta hatrik di Stadium Hoki Nasional, Bukit Jalil.
Tidak dilupakan, pemain tengah, Muhammad Adam Ashraf Johari, turut memainkan peranan besar dalam misi pasukan itu meraih kejuaraan berturut-turut.
#Hoki #Liga Hoki Remaja #SSTMI Thunderbolts