Skip to main content

Hoki

Liga Hoki Remaja: SSBJ Thunderbolt pamer permulaan baik

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

17417unikl_ssbjthunderbolt.jpg
Jurulatih SSBJ Thunderbolt, Lokman Yahya, melahirkan kelegaan selepas menyaksikan skuadnya beraksi cemerlang dengan menumbangkan UniKL Young Gun 4-0 dalam aksi pertama mereka dalam Liga Hoki Remaja Malaysia di Stadium Hoki Kuala Lumpur, semalam.

"Memang kami sasar kemenangan tetapi tidaklah sasaran besar kerana ini adalah perlawanan pertama kami. Selepas ini kami bermain dengan SSTMI Thunderbolt, maka rentak itu yang kami sangat perlukan. 

"Nampaknya momentum kami cantik dan satu permulaan yang baik untuk pasukan saya," katanya.

Aksi yang tertunda kira-kira sejam akibat hujan lebat bermula dengan sengit apabila kedua-dua pasukan berbalas serangan ke arah kubu lawan masing-masing.

SSBJ Thunderbolt meledak jaringan pembukaan pada minit ke-18 menerusi gol padang oleh Faiq Razin Zariq.

Dua minit kemudian, giliran Arif Sabron pula mengecewakan lawan, kali ini hasil pukulan penalti untuk menjadikan kedudukan 2-0.

Selepas itu, SSBJ Thundebolt terus menguasai perlawanan dengan Muhammad Amirul Mirza muncul wira apabila menjaringkan dua gol, masing-masing pada minit ke-44 dan 58 untuk memastikan kemenangan 4-0 mengatasi UniKL Young Gun.

Sementara itu, jurulatih UniKL Young Gun, Arul Selvaraj, berkata: "Pasukan saya baru satu minggu bersama dan banyak kelemahan yang perlu diperbaiki. 

"Dalam jangka masa tiga minggu ini ia sangat sukar tetapi daripada segi persembahan individu saya puas hati."

Keputusan lain

Politeknik Malaysia KPT 1-4 SSTMI Thunderbolt 4

Anderson Thunderbolt 1-3 MBPJ Tiger

Olak-Nurinsafi 1-3 AHP-MSP-Thunderbolt

SSBJ Juniors 1-3 SMKDBL Johor Junior

Advertisement

Must Watch Video